https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1_ITB006_1591763746jpeg

PROSES NYAH KUMAN, INSTITUT TAHFIZ BINTULU

RABU, 10 JUNE 2020. SEKARANG SEDANG BERLANGSUNG PROSES NYAH KUMAN DI INSTITUT TAHFIZ BINTULU YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK BOMBA BINTULU DAN LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU, BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN PERSEKITARAN INSTITUT TAHFIZ BINTULU BEBAS DARIPADA VIRUS COVID-19. KAWASAN YAG TURUT DISEMPROT DENGAN CAIRAN DISINFEKTAN MELIPUTI BILIT-BILIT PELAJAR, DEWAN MULTIFUNGSIONAL, RUANG-RUANG KELAS, TANDAS-TANDAS, DAPUR TAHFIZ, AMPAIAN BAHKAN KAWASAN LUAR PERSEKITARAN TEMPAT PARKING DAN RIADAH PUN TURUT DISEMPROT.
 
RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK BOMBA BINTULU DAN LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU YANG IKUT MENJAGA KEBERSIHAN DAN KEBEBASAN INSTITUT TAHFIZ BINTULU DARI COVID-19. SEMOGA ALLAH SWT MENGANJARI SEGALA AMAL BAKTI MEREKA. AMIN
 
PADA MASA YANG SAMA, KITA BESAMA BERDOA AGAR ITB DAPAT DIBUKA SEMULA DALAM MASA YANG TERDEKAT DAN ANAK-ANAK TAHFIZ DAPAT KEMBALI MENYAMBUNG PERJALANAN MEREKA DALAM MEMAHAMI DAN MENGHAFAL AYAT-AYAT ALLAH SWT.
LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1_ITB006_1591139678jpeg

PERTANDINGAN TAZKIRAH 5 MINIT UNTUK SELURUH PELAJAR DI MALAYSIA

KABAR GEMBIRA KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG SEDANG BERADA DIRUMAH, TAK TAHU NAK BUAT APA TIME CUTI INI, NAMUN TERDETIK DALAM DIRI UNTUK MENYUMBANG KEPADA UMMAH. MAKA, INILAH MASANYA. SUKACITA UNTUK MENGUMUMKAN BAHAWA PIHAK INSTITUT TAHFIZ BINTULU AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN VIDEO TAZKIRAH 5 MINIT, TERBUKA KEPADA SELURUH PELAJAR DI MALAYSIA.

JOM SAMA-SAMA SERTAI!! SERLAHKAN BAKAT TERPENDAM ANDA.

"ADA HADIAH KE KALAU MENANG?"

SUDAH TENTU..!! HADIAH UNTA MERAH MENANTI ANDA.

RASULULLAH SAW BERSABDA,

“DEMI ALLAH, APABILA ADA SEORANG SAHAJA YANG MENDAPAT PETUNJUK MELALUI DIRIMU, MAKA ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGIMU DARIPADA UNTA MERAH (JENIS UNTA YANG PALING BAIK).” (HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, NO. 2942)

BOLEH JADI DENGAN TAZKIRAH PENDEK ANDA, BERTAMBAHNYA IMAN DAN KEYAKINAN SESEORANG KEPADA ALLAH DAN TERBUKANYA PINTU HATI MEREKA UNTUK MENERIMA ISLAM. MAKA DENGAN ITU, ANDA AKAN DIBERI GANJARAN YANG LEBIH BAIK DARI UNTA MERAH, IAITU LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEISINYA.

"LAAAA, HADIAH BENTUK DUNIAWI TAKDA KE?"

MESTILAH ADA. DUA-DUA AKAN DAPAT. GANJARAN DUNIA PUN DAPAT (KALAU MEMANG), GANJARAN AKHIRAT PUN DAPAT (KALAU IKHLAS).

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. TAZKIRAH PERLU BERTEMAKAN MESEJ-MESEJ ISLAMIK. CONTOH : AYAT-AYAT QURAN, KISAH NABI, SAHABAT ATAU ORANG-ORANG BERIMAN, ATAUPUN ISU-ISU SEMASA
  2. TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERUMUR 12-17 TAHUN
  3. TEMPOH MASA : 5 - 7 MINIT
  4. MENGUNAKAN BAHASA MELAYU @ ENGLISH
  5. VIDEO BOLEH DI'EDIT' MENGIKUT KREAVITI MASING-MASING
  6. DIRAKAM SECARA MELINTANG
  7. MENAMATKAN VIDEO TAZKIRAH DENGAN UCAPAN "INSTITUT TAHFIZ BINTULU, MENJANA HAFIZ BERJIWA DAI'E"

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYERTAI:

1) LIKE PAGE FB INSTITUT TAHFIZ BINTULU

2) TAG 5 RAKAN ANDA AND SHARE POST INI

3) UPLOAD VIDEO TAZKIRAH ANDA DI LAMAN MEDIA SOSIAL

4) DENGAN MENGUNAKAN HASHTAG :

#PERTANDINGANTAZKIRAH5MINITITB

#INSTITUTTAHFIZBINTULU

5) SETKAN AKUAN ANDA KEPADA PUBLIC

6) HANTAR KARYA VIDEO ANDA BESERTA NAMA, NO. TELEFON, NAMA SEKOLAH, AKAUN MEDIA SOSIAL, SERTA LINK VIDEO DI MEDIA SOSIAL KE EMAIL : ITAHFIZBTU@GMAIL.COM

 

HADIAH-HADIAH YANG MENANTI KEPADA PEMENANG-PEMENANGNYA :

  • JOHAN - RM 200

  • NAIB JOHAN - RM 150

  • TEMPAT KETIGA - RM 100

 

PENILAIAN AKAN DILAKUKAN BERDASARKAN :

90% - KANDUNGAN & GAYA PENYAMPAIAN

10% - JUMLAH LIKES

ANDA BOLEH MENGHANTAR VIDEO TAZKIRAH KEPADA KAMI DAN POST DI LAMAN SOSIAL MASING-MASING BERMULA PADA TARIKH 6 JUN 2020 SEHINGGA 16 JUN 2020, TEPAT PADA JAM 11.59 MALAM.

 

 

**VIDEO YANG DIHANTAR AKAN MENJADI HAKMILIK INSTITUT TAHFIZ BINTULU DAN AKAN DIGUNAKAN DARI MASA KE SEMASA DI PLATFORM MEDIA SOSIAL.

SEBARANG PERSOALAN BOLEH DM TERUS DI PAGE FB INSTITUT TAHFIZ BINTULU @ HUBUNGI MELALUI 019-8386495 (CIKGU AMSYAR)

GOOD LUCK!

 

 

#INSTITUTTAHFIZBINTULU

#PERTANDINGANTAZKIRAH5MINITITB

#MENJANAHAFIZBERJIWADAIE

LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1_ITB006_1591136807jpeg

MAJLIS KHATMIL QURAN INSTITUT TAHFIZ BINTULU KALI KE-6

PADA TANGGAL 14 MAC 2020, INSTITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) MENGADAKAN PROGRAM MAJLIS KHATMIL QURAN DI AUDITORIUM KEMENA PLAZA HOTEL, BINTULU, UNTUK KALI KE-6 SEJAK IANYA DITUBUHKAN PADA TAHUN 2009. PADA  TAHUN INI JUGA, ITB TELAH BERJAYA MELAHIRKAN 7 ORANG HAFIZ DAN SEORANG HAFIZAH YANG MENAMATKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN AL KARIM. MEREKA IALAH AHMAD ALWY BIN MUHAMMAD HUDARI BERASAL DARI BINTULU, SYED NIZAR FAKHRUDDIN BIN WAN NOH BERASAL DARI LAWAS, MOHAMMAD KHALIDI BIN HUSSEIN BERASAL DARI BINTULU, MOHAMMAD HAZAZI AIMAN BIN MOHAMMAD HAZLI BERASAL DARI SIBU,  MUHAMMAD ZAID BIN PAUJI BERASAL DARI MIRI, AHMAD TAJUDDIN BIN MOHADI BERASAL DARI BINTULU, SYED NAQIB BIN WAN NOH BERASAL DARI LAWAS DAN JASMIN ADDINA BINTI JASMI BERASAL DARI BINTULU. SUKACITA UNTUK MEMAKLUMKAN BAHAWA, ADIK JASMIN ADDINA JUGA MERUPAKAN HAFIZAH YANG PERTAMA DALAM SEJARAH ITB SEJAK PEMBUKAAN TAHFIZ UNTUK PELAJAR PEREMPUAN PADA TAHUN 2018.

 

WALAUPUN MEREKA SUDAH SELESAI MENAMATKAN HAFAZAN AL-QURAN DAN BERGELAR HAFIZ DAN HAFIZAH, MEREKA AKAN TETAP MENYAMBUNG PEMBELAJARAN AKADEMIK MEREKA DI INSTITUT TAHFIZ BINTULU. INI KERANA, MEREKA TERGOLONG DARIPADA HAFIZ & HAFIZAH YANG BERJAYA MENGHAFAL DALAM TEMPOH YANG LEBIH CEPAT. DARIPADA 8 PELAJAR TERSEBUT, 6 DARIPADA MEREKA AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM PADA TAHUN INI, SEORANG BERADA DI TINGKATAN 4 DAN ADIK JASMIN MASIH BERADA DI TINGKATAN 3. SEJAK AWAL PENUBUHAN SEHINGGA KINI, ITB TELAH MELAHIRKAN 23 HAFIZ AL-QURAN, DENGAN HARAPAN, MEREKA INILAH YANG AKAN MEMEGANG TEGUH PANJI-PANJI ISLAM DAN MENYEBARKANNYA DI SELURUH PELOSOK BUMI SARAWAK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1__1528098992.jpg

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ITB DAN MAULIDUR RASUL

PADA 15 DISEMBER 2017 BERTEMPAT DI INSTITUT TAHFIZ BINTULU TELAH BERLANGSUNG MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ITB DAN MAULIDUR RASUL. TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN AHLI JAWANTANKUASA ITB, IBUBAPA SERTA PENJAGA UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ITB TERSEBUT. TAHNIAH JUGA KEPADA PELAJAR ITB BERJAYA DI DALAM KATEOGARI IAITU : PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 1 >ADIK MUHAMMAD IBRAHIM BIN MORSALIN PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 2 >ADIK AHMAD ALWY BIN MOHAMAD HUDARI PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 3 >ADIK AHMAD HELMY BIN MOHADI PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 4 >ADIK ANAS ZURNAZIQ BIN ZUL ANUGERAH PELAJAR TERBAIK ITB TAHUN 2017 >ADIK SYED NIZAR FAKHRUDDIN BIN WAN NOH ANUGERAH ASRAMA CEMERLANG PELAJAR ITB >ASRAMA 1 MUDAHAN MAJLIS INI MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT DAN PELAJAR ITB MENDAPAT MANFAAT ILMU YANG DIPELAJARI UNTUK KEGUNAAN PADA MASA HADAPAN. INSHAALLAH. AMINNNN 'MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE'
LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1__1528098495.jpg

SELAMAT DATANG PELAJAR ITB TAHUN 2018

PADA 06 JANUARI 2018, INSTITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) MENGADAKAN TAKLIMAT PELAJAR BARU 2018 DIMANA PADA TAHUN 2018, PIHAK ITB TELAH MENERIMA PELAJAR LELAKI SEBANYAK 30 ORANG. PADA TAHUN 2018, JULUNG-JULUNG KALINYA ITB TELAH MEMBUKA PERMOHONAN PELAJAR PEREMPUAN DAN SEBANYAK 15 PELAJAR PEREMPUAN TERPILIH UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI ITB. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK UNTUK MENJAYAKAN MENYAMBUT PELAJAR BARU 2018 IAITU AJK ITB SERTA STAFF ITB DAN PELAJAR SENIOR ITB. PIHAK INSITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) MENDOAKAN PELAJAR YANG TERPILIH DIMUDAHKAN PEMBELAJARAN DAN SEMANGAT UNTUK MEMPELAJARI SERTA MENDALAMI AL-QURAN. AMINNNNN MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE

LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1__1528098408.jpg

HARI KELUARGA ITB & SESI TAARUF PELAJAR ITB TAHUN 2018

PADA 27 JANUARI 2018 DI TANJUNG BATU,BINTULU SARAWAK, INSTITUT TAHFIZ BINTULU(ITB) MELAKUKAN AKTIVITI DI AWAL TAHUN 2018 IAITU HARI KELUARGA ITB & SESI TA'ARUF PELAJAR ITB DIMANA DAPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA PELAJAR DAN PELAJAR, IBUBAPA BERSAMA STAFF ITB & AJK ITB. MUDAHAN AKTIVITI INI DAPAT SALING MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT. AMINNN 'MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE'
LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1__1528098302.jpg

KURSUS PENDAWAIAN ASAS, SENGGARAAN & KESELAMATAN ELEKTRIK

ANJURAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) BINTULU: SERAMAI 14 PELAJAR INSTITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) MENYERTAI KURSUS PENDAWAIAN ASAS, SENGGARAAN & KESELAMATAN PADA 12 & 13 MAC 2018 BERTEMPAT JABATAN ELEKTRIK, IKM BINTULU. MUDAHAN PELAJAR MENGIKUTI KURSUS INI MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT. AMINNN. "MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE"
LAGI
https://my04.awfatech.com/itb/content/news/newsf1__1528098174.jpg

MAJLIS KHATMIL QURAN INSTITUT TAHFIZ BINTULU TAHUN 2018

INSTITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) TELAH MENGADAKAN MAJLIS KHATMIL QURAN ITB DI AUDITORIUM BDA WISMA BINTULU PADA 17 MAC 2018 HARI SABTU TELAH DIHADIRI TETAMU KEHORMAT DIANTARANYA IAITU : 1) PENGAWAI AGAMA ISLAM BAHAGIAN BINTULU, USTAZ AZHAR BIN HIPNI 2) PENGERUSI BAHARIS BDA, TUAN ISA DANIAL BIN SULAIMAN 3) TIMBALAN PENGERUSI MASJID DARUL HIDAYAH, TUAN HJ OMAR BIN LATIP SERTA TETAMU KEHORMAT YANG LAIN. ALHAMDULILLAH PADA TAHUN 2018, ITB TELAH MELAHIRKAN 6 ORANG HUFFAZ QURAN DAN INI MENJADI KESELURUHAN 14 ORANG SEMENJAK PENUBUHAN PADA TAHUN 2009. NAMA PELAJAR ITB YANG HUFFAZ PADA TAHUN INI ADALAH : 1) ADAM BIN RUZLAN 2) ANAS ZURNAZIQ BIN ZUL 3) AHMAD HELMY BIN MOHADI 4) MUHAMMAD SYAHRUL BIN SUHAILI 5) WAN MOHAMMAD NUR AIMAN BIN WAN ISKHANDAR 6) NAZ AIMIE BIN OSMAN KAMI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEHADIRAN TETAMU YANG HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS KHATMIL QURAN ITB DAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU KEPADA 6 ORANG HUFFAZ SUPAYA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINNNN "MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE"
LAGI

Page 2 of 3