INSTITUT TAHFIZ BINTULU (ITB) TELAH BEROPERASI DI TAPAK SEMENTARA DI DALAM KAWASAN MASJID DARUL HIDAYAH, KIDURONG BINTULU,SEJAK 10 JAN 2009. BERMULA SECARA SAMBILAN DAN KEMUDIANNYA SECARA SEPENUH MASA DENGAN JUMLAH PELAJAR AWAL SERAMAI LEBIH KURANG 20 ORG SAHAJA KINI JUMLAH PELAJAR ADALAH SEKITAR 150 ORANG, YANG KEBANYAKAN NYA BERASAL DARI SARAWAK KHUSUSNYA BINTULU, ADA JUGA DARI SABAH DAN JUGA SEMENANJUNG MALAYSIA. PADA MULANYA ITB HANYA MENGAMBIL PELAJAR LELAKI SAHAJA TETAPI BERMULA TAHUN 2018 SEHINGGA KINI SUDAH DIBUKA UTK PELAJAR PEREMPUAN JUGA. BERMULA DENGAN HANYA KOKURIKULUM TAHFIZ SAHAJA TETAPI KINI KOKURIKULUMNYA ADALAH BERSEPADU YG MERANGKUMI TAHFIZ, DINNIYAH & AKADEMIK. PERANCANGAN ITB SETERUSNYA ADALAH UTK MEMBUAT KELAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DARI ITB. BERMULA DGN HANYA 3 ORANG GURU, KINI ITB MEMPUNYAI SEJUMLAH 11 ORANG STAFF SEPENUH MASA. KEBANYAKAN GURU-GURU INI ADALAH ALUMNI DARI UNIVERSITI AL AZHAR YG BERASAL DARI INDONESIA. SEHINGGA KINI (2020), ITB TELAH BERJAYA MELAHIRKAN 29 PARA HAFIZ YG SEDANG MENYAMBUNG PELAJARAN DI DALAM & LUAR NEGARA.
DARI SEGI INFRUSTRUKTUR, DI TAHUN PERTAMA, ITB TELAH BERMULA DENGAN SEBUAH RUMAH BANGLO YG DIDERMAKAN OLEH SEORANG HAMBA ALLAH YG DIBINA DI DALAM KAWASAN MASJID DARUL HIDAYAH DI ATAS TAPAK SEMENTARA DAN SETELAH ITU TAHUN DEMI TAHUN PEMBINAAN-BINAAN BANGUNAN BARU TELAH DITAMBAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA. DARI TAHUN KE TAHUN, MASYARAKAT MULA MENGENALI DAN RAMAI PELAJAR BERMINAT YANG MASUK ITB SEMAKIN RAMAI, PERKEMBANGAN YG PESAT INI DISEBABKAN SOKONGAN YG KUAT OLEH MASYARAKAT ISLAM BINTULU MAKA ITB PERLU MEMPUNYAI SEBUAH TAPAK KEKAL YG BOLEH MENAMPUNG SEHINGGA 500 ORG PELAJAR. MAKA OLEH SEBAB ITU, ITB TELAH MENDAPAT TANAH DI LOT 2977 KLD BAGI TUJUAN PEMBINAAN KOMPLEKS ITB.
KERJA-KERJA MENEMBOK TANAH DI LOT 2977 BERMULA SEJAK BULAN OKTOBER 2019 SEHINGGA HARI INI (03/07/2020) DAN SETAKAT INI SUDAH MASUK TANAH SEJUMLAH 1,970 LORI. TANAH SELUAS 4 EKAR INI AKAN DIBANGUNKAN KOMPLEKS INSTITUT TAHFIZ BINTULU YANG KEKAL, YANG DIDALAMNYA INFRUSTRUKTUR IAITU DEWAN, RUANG KELAS, ASRAMA, SURAU, PEJABAT, TEMPAT TINGGAL STAFF DAN BANYAK LAGI. DENGAN KELUASAN KAWASAN INI, DIANGGARKAN AKAN DAPAT MENAMPUNG LEBIH DARI 500 PELAJAR BAIK LAKI-LAKI MAHUPUN PEREMPUAN. DENGAN KEBENARAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN DENGAN SPA APPROVAL NO. G/9D/29-16, ITB MEMULAKAN KERJA-KERJA MENEMBOK TANAH INI SECARA BERTAHAP IAITU BERMULA TAHAP PERTAMA SEBANYAK 500 LORI, TAHAP KEDUA 570 LORI DAN YANG TERKINI TAHAP KETIGA 900 LORI. SETELAH PROSES PENEMBOKAN SELESAI, KAMI AKAN MEMULAKAN PEMBINAAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT MENGIKUT PLAN PEMBANGUNAN YANG SUDAH DICADANGKAN SEJAK AWAL. KOS PERBELANJAAN UNTUK KESELURUHAN PEMBINAAN INI BOLEH MENCECAH SEHINGGA RM 25 JUTA.
"KAMI MEWAKILI PENGURUSAN ITB MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENDERMA DAN JUGA PARA PIHAK YANG IKUT MENYOKONG UNTUK TERBINA NYA KOMPLEKS ITB INI. KAMI BERHARAP AMAL JARIAH INI AKAN SELALU MENGALIR SEHINGGA ANAK CUCU KITA KELAK". UCAPAN DARIPADA USTAZ HUSIN ZAINAL ARIFIN SELAKU MUDIR ITB. "BAYANGKAN DENGAN JUMLAH PELAJAR YANG SANGAT BANYAK INI, DENGAN AKTIVITI HARIAN MEMBACA ALQURAN, BELAJAR, DAN BERIBADAH. WALAUPUN KITA BUKANLAH TERMASUK MEREKA YANG HARI-HARI MEMBACA AL-QURAN, AKAN TETAPI BOLEH LAH KITA TERMASUK ORANG YANG IKUT MENJAYAKAN PELAJAR-PELAJAR INI DALAM BELAJAR DI INSTITUT TAHFIZ BINTULU".
KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN SOKONGAN DAN BANTUAN YG BERTERUSAN DARIPADA SEMUA PIHAK. BAGI SESIAPA YG SUDI UTK MENDERMA, TUAN/PUAN BOLEH LAH BANK-IN ATAS NAMA : TABUNG PEMBINAAN KOMPLEKS INSTITUT TAHFIZ BINTULU DALAM BANK MUAMALAT / NO. AKAUN 1103-0001628-71-8. UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI TN HAJI MOHD YACOP BIN MOHD JUNIT (PENGERUSI) - 0128910815 , UST HUSIN (MUDIR) - 0146638091, UST SYAZWAN (PENTADBIR) - 0133378306.