INSTITUT TAHFIZ BINTULU - MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2024 PELAJAR INSTITUT TAHFIZ BINTULU

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAGI PELAJAR INSTITUT TAHFIZ BINTULU

Peperiksaan akhir tahun pelajar Institut Tahfiz Bintulu telah bermula pada 9 Disember 2024 dan akan berakhir pada 19 Disember 2024.

🤲🏻😊Kami doakan semoga anak-anak pelajar ITB dapat menjawab kertas peperiksaan dengan cemerlang, dikurniakan kesihatan yang baik dan kekal tenang sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Semangat semua,doa dan harapan sentiasa mengiringi usaha anak-anak sekalian. ✊🏻

بالتوفيق والنجاح

MENJANA HAFIZ BERJIWA DA'IE

LAGI

PERTANDINGAN POSTER SEMPENA BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA

Panitia Sejarah telah menganjurkan Pertandingan Poster sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang melibatkan seluruh kelas pada 2 September yang lalu. Berikut merupakan antara poster kreatif yang dihasilkan pelajar ITB.

LAGI

MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN BINTULU TAHUN 2024

Institut Tahfiz Bintulu telah menghantar beberapa pelajar bagi mewakili beberapa kejohanan peringkat MSSB Bintulu pada tahun 2024. Antara sukan yang disertai adalah bola sepak, bola tampar, catur dan bola jaring. Tahniah diucapkan kepada para peserta. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang2 alatan sukan ITB disebabkan bantuan dari Tuan/Puan, pelajar kami dapat melakukan persiapan & latihan yang terbaik. InsyaAllah, ini merupakan titik permulaan bagi pelajar ITB untuk menceburi bidang sukan dengan harapan dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih disiplin dan cemerlang dalam aspek-aspek yang lain.
LAGI

MAJLIS SOLAT HAJAT, RESTU ILMU DAN MOTIVASI DIRI PELAJAR SPM DAN STAM ITB 2024

24 NOVEMBER 2024 - Ribuan terima kasih ditujukan kepada barisan ibu bapa di atas kedatangan ke majlis solat hajat untuk barisan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STAM bagi sesi 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih tulus ikhlas khusus bagi penceramah jemputan yang hebat dan berkaliber dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Cikgu Ahmad Abdussalam Bin Husni di atas kejayaan memberikan motivasi dan kata-kata semangat buat para pelajar, guru - guru serta ibu bapa yang hadir pada program berikut.
 
Sama - sama kita doakan agar kejayaan dapat dicapai buat anak - anak Institut Tahfiz Bintulu yang akan menduduki peperiksaan kelak. Insyallah
 
LAGI

KERJA-KERJA MENEMBOK TANAH DI TAPAK KEKAL KOMPLEKS INSTITUT TAHFIZ BINTULU DI LOT 2977

Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah beroperasi di tapak sementara di dalam kawasan Masjid Darul Hidayah, Kidurong Bintulu,sejak 10 Jan 2009. Bermula secara sambilan dan kemudiannya secara sepenuh masa dengan jumlah pelajar awal seramai lebih kurang 20 org sahaja kini jumlah pelajar adalah sekitar 150 orang, yang kebanyakan nya berasal dari Sarawak khususnya Bintulu, ada juga dari Sabah dan juga semenanjung Malaysia. Pada mulanya ITB hanya mengambil pelajar lelaki sahaja tetapi bermula tahun 2018 sehingga kini sudah dibuka utk pelajar perempuan juga. Bermula dengan hanya kokurikulum Tahfiz sahaja tetapi kini kokurikulumnya adalah bersepadu yg merangkumi Tahfiz, Dinniyah & Akademik. Perancangan ITB seterusnya adalah utk membuat kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari ITB. Bermula dgn hanya 3 orang guru, kini ITB mempunyai sejumlah 11 orang staff sepenuh masa. Kebanyakan guru-guru ini adalah alumni dari Universiti Al Azhar yg berasal dari Indonesia. Sehingga kini (2020), ITB telah berjaya melahirkan 29 para hafiz yg sedang menyambung pelajaran di dalam & luar negara.

Dari segi infrustruktur, di tahun pertama, ITB telah bermula dengan sebuah rumah banglo yg didermakan oleh seorang hamba Allah yg dibina di dalam kawasan masjid Darul Hidayah di atas tapak sementara dan setelah itu tahun demi tahun pembinaan-binaan bangunan baru telah ditambah sedikit demi sedikit mengikut keperluan semasa. Dari tahun ke tahun, masyarakat mula mengenali dan ramai pelajar berminat yang masuk ITB semakin ramai, perkembangan yg pesat ini disebabkan sokongan yg kuat oleh masyarakat Islam Bintulu maka ITB perlu mempunyai sebuah tapak kekal yg boleh menampung sehingga 500 org pelajar. Maka oleh sebab itu, ITB telah mendapat tanah di Lot 2977 KLD bagi tujuan Pembinaan Kompleks ITB.

Kerja-kerja menembok tanah di lot 2977 bermula sejak bulan Oktober 2019 sehingga hari ini (03/07/2020) dan setakat ini sudah masuk tanah sejumlah 1,970 lori. Tanah seluas 4 ekar ini akan dibangunkan Kompleks Institut Tahfiz Bintulu yang kekal, yang didalamnya infrustruktur iaitu dewan, ruang kelas, asrama, surau, pejabat, tempat tinggal staff dan banyak lagi. Dengan keluasan kawasan ini, dianggarkan akan dapat menampung lebih dari 500 pelajar baik laki-laki mahupun perempuan. Dengan kebenaran daripada pihak kerajaan dengan SPA APPROVAL NO. G/9D/29-16, ITB memulakan kerja-kerja menembok tanah ini secara bertahap iaitu bermula tahap pertama sebanyak 500 lori, tahap kedua 570 lori dan yang terkini tahap ketiga 900 lori. Setelah proses penembokan selesai, kami akan memulakan pembinaan sedikit demi sedikit mengikut plan pembangunan yang sudah dicadangkan sejak awal. Kos perbelanjaan untuk keseluruhan pembinaan ini boleh mencecah sehingga Rm 25 juta.

"kami mewakili pengurusan ITB mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan juga para pihak yang ikut menyokong untuk terbina nya kompleks ITB ini. kami berharap amal jariah ini akan selalu mengalir sehingga anak cucu kita kelak". Ucapan daripada Ustaz Husin Zainal Arifin selaku Mudir ITB. "Bayangkan dengan jumlah pelajar yang sangat banyak ini, dengan aktiviti harian membaca alquran, belajar, dan beribadah. walaupun kita bukanlah termasuk mereka yang hari-hari membaca al-quran, akan tetapi boleh lah kita termasuk orang yang ikut menjayakan pelajar-pelajar ini dalam belajar di Institut Tahfiz Bintulu".

Kami amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan yg berterusan daripada semua pihak. Bagi sesiapa yg sudi utk menderma, Tuan/Puan boleh lah bank-in atas Nama : Tabung Pembinaan Kompleks Institut Tahfiz Bintulu dalam bank Muamalat / No. akaun 1103-0001628-71-8. Untuk Keterangan lebih lanjut boleh menghubungi Tn Haji Mohd Yacop Bin Mohd Junit (Pengerusi) - 0128910815 , Ust Husin (Mudir) - 0146638091, Ust Syazwan (Pentadbir) - 0133378306.

LAGI

LAWATAN JAIS DI INSTITUT TAHFIZ BINTULU BERKENAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Rabu, 17/6/2020, Institut Tahfiz Bintulu (ITB) mendapat lawatan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu berkenaan Pemantauan terhadap Institusi Pendidikan Islam (IPI) yang akan beroperasi kembali semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perwakilan daripada pihak JAIS Bahagian Bintulu yang hadir pada lawatan ini, iaitu Ustaz Azhar bin Hipni, Ustaz Mohd Sahfini, dan Ustazah Aina Murdiah, disambut oleh Pengerusi Institut Tahfiz Bintulu, Tn. Hj. Mohammad Yacop bin Junit dan Mudir Institut Tahfiz Bintulu, Ustaz Husin Zainal Ariffin beserta staff ITB, Ustaz Muhammad Syazwan bin Abu Bakar dan Ustaz Mohamad Syukri bin Ali.

Lawatan ini bertujuan memantau dan memastikan tahap kesediaan pihak pengurusan Institut Tahfiz Bintulu sebelum pembukaan semula sekolah yang akan di maklumkan oleh Pihak JAIS kelak.

Pihak JAIS banyak memberikan tunjuk ajar dalam penyusunan tempat yang sesuai berkaitan SOP di dalam sekolah baik dalam bilik asrama, dalam kelas, dewan tempat makan, dan kawasan perjalanan masuk dan keluar kelas. Dan memastikan agar pihak ITB tetap mengikuti arahan sesuai SOP yang telah diberikan pihak Kerajaan Malaysia dalam pembukaan kembali sekolah semasa PKPP ini.

LAGI

PROSES NYAH KUMAN, INSTITUT TAHFIZ BINTULU

Rabu, 10 june 2020. Sekarang sedang berlangsung Proses Nyah Kuman di Institut Tahfiz Bintulu yang dilakukan oleh pihak Bomba Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu, bertujuan untuk memastikan persekitaran Institut Tahfiz Bintulu bebas daripada Virus Covid-19. Kawasan yag turut disemprot dengan cairan disinfektan meliputi bilit-bilit pelajar, dewan multifungsional, ruang-ruang kelas, tandas-tandas, dapur tahfiz, ampaian bahkan kawasan luar persekitaran tempat parking dan riadah pun turut disemprot.
 
Ribuan terima Kasih diucapkan kepada Pihak Bomba Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu yang ikut menjaga kebersihan dan kebebasan Institut Tahfiz Bintulu dari Covid-19. Semoga Allah SWT menganjari segala amal bakti mereka. amin
 
Pada masa yang sama, kita besama berdoa agar ITB dapat dibuka semula dalam masa yang terdekat dan anak-anak tahfiz dapat kembali menyambung perjalanan mereka dalam memahami dan menghafal ayat-ayat Allah SWT.
LAGI

PERTANDINGAN TAZKIRAH 5 MINIT UNTUK SELURUH PELAJAR DI MALAYSIA

Kabar gembira kepada pelajar-pelajar yang sedang berada dirumah, tak tahu nak buat apa time cuti ini, namun terdetik dalam diri untuk menyumbang kepada ummah. Maka, inilah masanya. Sukacita untuk mengumumkan bahawa pihak Institut Tahfiz Bintulu akan mengadakan Pertandingan Video Tazkirah 5 minit, terbuka kepada seluruh pelajar di Malaysia.

Jom sama-sama sertai!! Serlahkan bakat terpendam anda.

"Ada hadiah ke kalau menang?"

Sudah tentu..!! Hadiah Unta Merah menanti anda.

Rasulullah SAW bersabda,

Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” (Hadis riwayat al-Bukhari, No. 2942)

Boleh jadi dengan tazkirah pendek anda, bertambahnya iman dan keyakinan seseorang kepada Allah dan terbukanya pintu hati mereka untuk menerima Islam. Maka dengan itu, anda akan diberi ganjaran yang lebih baik dari unta merah, iaitu lebih baik dari dunia dan seisinya.

"Laaaa, hadiah bentuk duniawi takda ke?"

Mestilah ada. Dua-dua akan dapat. Ganjaran dunia pun dapat (kalau memang), ganjaran Akhirat pun dapat (kalau ikhlas).

 

Syarat-syarat Penyertaan :

  1. Tazkirah perlu Bertemakan Mesej-mesej Islamik. Contoh : Ayat-ayat Quran, Kisah Nabi, Sahabat atau Orang-orang beriman, ataupun isu-isu semasa
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang berumur 12-17 tahun
  3. Tempoh Masa : 5 - 7 minit
  4. Mengunakan Bahasa Melayu @ English
  5. Video boleh di'edit' mengikut kreaviti masing-masing
  6. Dirakam secara melintang
  7. Menamatkan video tazkirah dengan ucapan "Institut Tahfiz Bintulu, Menjana Hafiz Berjiwa Dai'e"

 

Langkah-langkah untuk menyertai:

1) Like Page FB Institut Tahfiz Bintulu

2) Tag 5 rakan anda and share post ini

3) Upload video tazkirah anda di laman media sosial

4) Dengan Mengunakan Hashtag :

#PertandinganTazkirah5minitITB

#InstitutTahfizBintulu

5) Setkan akuan anda kepada public

6) Hantar karya video anda beserta nama, no. telefon, nama sekolah, akaun media sosial, serta link video di media sosial ke email : itahfizbtu@gmail.com

 

Hadiah-hadiah yang menanti kepada pemenang-pemenangnya :

  • Johan - RM 200

  • Naib Johan - RM 150

  • Tempat Ketiga - RM 100

 

Penilaian akan dilakukan berdasarkan :

90% - Kandungan & Gaya Penyampaian

10% - Jumlah likes

Anda boleh menghantar video tazkirah kepada kami dan post di laman sosial masing-masing bermula pada tarikh 6 Jun 2020 sehingga 16 Jun 2020, tepat pada jam 11.59 malam.

 

 

**Video yang dihantar akan menjadi hakmilik Institut Tahfiz Bintulu dan akan digunakan dari masa ke semasa di platform media sosial.

Sebarang persoalan boleh DM terus di page FB Institut Tahfiz Bintulu @ Hubungi melalui 019-8386495 (Cikgu Amsyar)

Good Luck!

 

 

#InstitutTahfizBintulu

#PertandinganTazkirah5minitITB

#MenjanaHafizBerjiwaDaie

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner